Monday, December 27, 2010

Doaku untukmu

"Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga, yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia, harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana iman dan taqwa. Namun keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi, bukan perhatian mata ajnabi, yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi. Wajahnya bukan mengundang dosa, timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati, yang memudarkan kecantikan diri untuk Kau calonkan dirinya sebagai bidadari syurga Mu. Amin Ya Allah...."

Wednesday, December 22, 2010

..Sedetik Bersama....

Sedetik Kita Bersama Ku Harap Silaturahim Itu Kukuh Bersama ..
Janganlah Ada Sengketa
Kerana Semua Itu Membawa Kejauhan Hati Tersisa
Teruskan Ikatan Ukuwah Moga Kita Dibatasi Rasa Cinta Yg Ada..

..Lipatan Sejarah...

~...Tegarkah hati andai berhadapan dengan kenyataan yang masih dihimpit kenangan lalu? Kemana jua langkah Ku bawa pasti kisah duka yang pernah tercalit amat sukar untuk dilupakan daripada ingatan....... kenyataan hidup setiap yg gembira pasti pernah merasai saat kedukaan...Maka tegarkanlah hati ku untuk berhadapan dengan masa silam tanpanya lipatan sej x mgkn trjdi dlm hdp ...Teruskan kehidupan dengan satu senyuman..Tanpa semalam x ada kita pada hari nie.. selamat melangkah kehadapan duhai diri ko pasti boleh Yakin La!!!!!....~

Tuesday, December 21, 2010

...Lafaz Yang Tersimpan (UNIC)...


Luluh Hatiku Yang Sayu Menatap Wajahmu
Tenang dalam Lena..
Kasih Ku Zahirkan Laku
Sedangkan Bibirku Jauh Dari Lafaznya...
Dan Raut Tuamu Memberkas Jiwaku...
Meredakan Rindu Mendamaikan Kalbu...
Tak Mungkin Ku Temu Iras Sentuhanmu...
Biar Pun Ku Redah Seluruh Dunia
Mencari Gantimu ohhhhh...

c/o Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih Yang Terlimpah Hanya Sekadar Tingkah
Cuma Ungkapan KeBisuan
Yang Melindungkan Kalimah Rahsia...
Masih Ku Biarkan Waktu
Melarikan Lafaz Kasih Ku Padamu...

Apakah Yang Hilang
Andai Di Lisankan
Bait Penghargaan Penuh Kejujuran
Tak Mungkin Terlihat
Cinta Yang Merona
Jika Hanya Renungan Mata Yang Bersuara
Bukan Atur Kata..

Tiada Lagi Ertinya Pengucapan
Andai Akhir Nafas Di Hujung Helaan
Sebelum Mata Rapat Terpejam
Usah Biar Kehilangan
Mengantikan Lafaz Yang Tersimpan..

Monday, December 20, 2010

..Hidup...

Hidup ini Penuh Dengan onak durinya.. Kadang2 hati rasa sangat sakit, sedih, marah dan kecewa..Bila difikirkan balik semua tu da jadi asam garam kehidupan....semakin jauh perjalanan semakin hebat rintangan...mau melarikan diri rasanya itu bukan satu jalan penyelesaian yang baik..teringat pesanan sesorang lari dari masalah bukan memudahkan hidup malah lebih menyusahkan..mau atau tidak kita kena berhadapan walau sebesar mana pun masalah tu..Moga aku berjaya melepasinya kali ini..Teruskan Perjalanan kehidupan kerana kita yang akan bakal menundukkan rintangan....

..Rasa rindu...


Dari Jendela Penanatian....
Aku Menanti Akan Hadirnya Dia..
Meniti Jambatan Kasih...
Aku Yakin Debunga SinaR..
Tetap Mekar Bila Di Baja Rasa Rindu....





...Bahagia..


Jika bahagia itu pada harta, Jika bahagia itu pada nama.. Jika Bahagia itu Pada Rupa, Jika Bahagia itu pada kuasa!!!.. Bahagia itu hakikatnya pada HATI.. Bertakhta di Kerajaan diri..Bahagia itu pada JIWA Mahkota DI Singgahsanarasa.. Bahagia itu KESABARAN.. Bila susah tak gelisah..Bila Miskin tak Pemarah..Bila Gagal tidak resah.. Hakikatnya Bahagia itu Ketenangan Bila Hati Mengingati Allah SWT..

~Satu Pencarianku~

...Mencari Sehingga Berjaya.. Moga Pencarian Itu Bukan Lagi Satu Kesamaran Yang Tidak Berpenghujung...


Friday, August 20, 2010

Kita selalu Bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya Subahannallah.......

Bismillahirrahmanirrahim...

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

Al-QURAN MENJAWAB......

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Al-QURAN MENJAWAB...

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

AL-QURAN MENJAWAB....

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "

- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

AL-QURAN MENJAWAB...

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

AL-QURAN MENJAWAB.........

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

AL-QURAN MENJAWAB.....

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

AL-QURAN MENJAWAB...

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?...

AL-QURAN MENJAWAB...

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

AL-QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf ayat 12....

....Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.... Segala Puji Hnya Pada Yang Maha Esa..

La tahzan Innallaha ma'ana...

Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah Hanya PadaMu Ku berserah La tahzan Innallaha ma'ana Ssungguhnya Allah bersma2 Kita.......Kata2 Ini Memberikan Seribu Pengertian Buatku..."Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan
diredhai-Nya......"

Bismillahirrahmanirrahim....

Kita sering terlupa, bahawa setiap manusia telah dan akan Allah uji dengan cara yang lain. Kita terlupa, bahawa ada hamba Allah yang lain yang lebih teruk dan hebat ujian diri mereka. Begitulah sifat kita sebagai manusia. Seringkali terlupa...‘Hamba Allah Mudah Lupa’...

Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan..

“Ya Allah...jadikanlah puasaku, puasa orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang yang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku Dan ampunilah aku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengampun atas segala dosa.” Ameen Ya Robb...."

Monday, July 26, 2010

Kata2 Iman Syafie

"Yang Paling Jauh Bukannya Bintang, Mentari & Jua Rembulan Tetapi adalah Masa Yang Berlalu & x akan Kembali..Kelmarin yang Luput Menjadi Secangkir Kenangan, Kelmarin yang Luput Mengukir Sesalan..Yang Datang Hanya Hari ini & akan datang....GunakanLah Hari Ini Dengan Sebaiknya Kerana Esok Belum Tentu Milik Kita..Sedangkan Semalam Telah Pergi Buat Selamanya- Iman Syafie"

UntukMu

Brsma keskitan itu Allah bkalkan kita dgn kasih syng,...dalam pnantian itu Allah titipkan seuntai ksabaran,..dan dlm khidpan ini Dia ukirkan sjuta dugaan,agar d jalan ini kita teguh btahan..Insya Allah (^_^)......UTKMU......

Erti Bersahabat..

Kata2nya Menarik Hatiku Untuk Berkongsi sama...
Dalam dunia ini...
Kita ada Allah swt,Kluarga & Shbt
Dalam diri kita bersendiri...
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita...
sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia...
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu...
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita..
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya...
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri...

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati..
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita...
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa..
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita
pada waktu kita memerlukan dia2X... mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan Bebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu...


Monday, July 12, 2010

KELUKAAN

Kelukaan Yang Perlu Dirawat
Bukan Hanya Dengan Kesabaran
Tetapi Menggunakan Akal Fikiran Yang Waras..
Bukan Mengikut Nafsu Amarah Benci Atau Dendam
Tetapi Sifat Positif Yang DiSulami Dengan Kemaafan..
Renung2kan2x.


Saturday, March 6, 2010

Sharifah Aini : Kasihnya Ibu

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia