Tuesday, February 7, 2012

Azimat Bonda

Saat bila JIWA  dalam bait liriknya..
Langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertaburdi tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindah diduni dapat mengganti hilangmu
pilihan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu

Monday, February 6, 2012

Sungguh, bahagialah apabila diuji.

Jika mata hati terbuka melihat segala nikmat yang menggunung tinggi,

pasti menjadi hamba yang bersyukur dan qana'ah dan berhenti daripada terus merajuk,

mengeluh dan memprotes,

Jika mata hati terbuka melihat segala nikmat yang menggunung tinggi,

sudah pasti diri malu kerana tiada terpikul walau ujian yang sedikit cuma kerana menyedari betapa Dia begitu Pemurah.

Jika hati terasa letih dengan ujian, lihatlah nikmat-Nya yang sudah begitu menggunung. Pantaslah untuk berasa malu dengan diri sendiri. Betapa hamba ini begitu mementingkan diri.

Apabila diberi nikmat, sedikit tanda bersyukur.

Tetapi apabila ditimpa ujian, seribu keluhan terluah.

Satu kesalahan dengan mudah memadam seribu kebaikan.

Satu ujian dengan mudah melenyapkan seribu nikmat.

Sungguh, bahagialah apabila diuji.

Friday, August 26, 2011

::: Moga Ianya Berlalu Dengan Baik :::

Orang menangis bukan tandanya dia lemah. Tapi tanda kerelaan hati mengakui takdir yang telah ditetapkan. Bukankah hakikat hidup ini kadang-kadang gembira dan kadang-kadang bersedih. Bila kita sedang menangis, kita akan teringat bahawa kita pernah ketawa. Bila kita sedang ketawa pula, kita akan ingat bahawa kita pernah menangis. Sebab kita tak boleh memiliki kedua-duanya dalam waktu yang sama...
kadang-kadang kita memang rasa masalah tu sesuatu yang berat. Rasa seperti tidak tertanggung..Tapi sebenarnya kita terpilih. Terpilih untuk mengharungi dugaan hidup sebab bukan semua orang merasainya. Jangan pernah sesekali anggap masalah... itu sebagai beban hidup. Anggaplah ia sebagai satu kejayaan yang masih terpendam...Jangan fikir yang orang lain akan menyelesaikan masalah seperti kita selesaikan. Lain orang lain fikirannya. Walaupun warna darah yang mengalir adalah darah yang sama. Dan jangan gunakan kekerasan pada mereka yang keras tetapi gunalah kelembutan kerana Kelembutan la mampu melenturkan kekerasan...
Moga Segalanya Berlalu Dengan Baik Amin Ya Allah...



Monday, June 20, 2011

Terima Kasih Ayah

"Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat & gagah itu kini semakin tua & lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai trpahat di wajahnya. Org inilah yg tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Org inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang & pendidikan kita Terjamin...Terima Kasih Ayah untuk Segalanya...

Saturday, May 14, 2011

Leraikan Segalanya..

Ya Allah Ya Tuhanku

Aku sedari segala-galanya

Berada di dalam genggamanMu

Aku sedari segala-galanya

Tidak akan terlepas pandanganMu

Hati ini di dalam kuasaMu

Taklukan qudratMu

Kumohon Ya Rabb

Leraikanlah gelisah ini

Tenangkanlah jiwa ini

Usaikanlah permasalahan diri ini

Mudah-mudahan yang terbaik

Menjadi milikku selamanya

Andai kiranya ada insan

Yang Engkau ciptakan

Untuk diriku ini

Yang Engkau rencanakan

Untuk diri ini

Yang Engkau redhakan

Menjadi peneman hati ini

Aku redha dengan ketentuanMu Ya Rabb

Biar siapa sahaja yang Engkau hadirkan di depan mata ini

Biar siapa sahaja yang Engkau pilihkan untuk diri ini

Aku redha dengan pilihanMu

Baik pada pandanganMu adalah yang terbaik buatku

Ya Allah... aku pasrah padaMu..

Friday, April 22, 2011

~SAKIT...~

Sakit itu suatu nikmat, tika diri mula alpa, di kala diri mula jauh dari Tuhan Pemberi Rahmat. Sakit tidak diminta, namun ia datang tanpa dipelawa, tanpa diajak ia menjenguk, tanpa disangka ia menerpa. Terkadang ia jelas terzahir pada linangan darah jua air mata, namun terkadang jua ia terasa hanya pada pemilik kesakitan itu. Kadang senyum itu bukanlah kerna ceria yang membunga, namun senyum itu menyembunyi duka yang mencengkam!... Bicara ini bukanlah ingin membuktikan sesuatu. Sekadar berkongsi secebis rasa tika diri kehilangan nikmat sihat buat sementara cuma... Sakit. Itulah penawar, bagi jiwa yang kian kering dari zikir dan doa, bagi hati yang kian malap tanpa cahaya Tuhan Penyuluh Jalan. Sakit itu pemberi ingatan, bagi kita yang kian dibelenggu kealpaan, bagi kita insan yang lupa. Sakit itu hadiah, buat hamba-hamba Nya yang teristimewa, buat mereka yang disayang Yang Maha Penyayang... Sakit mengajar erti sebuah kehilangan. Hilangnya segunung nikmat bernama sihat. Siapa yang sihat tidak akan merasa, kerana hanya orang yang haus bisa merasakan dahaga, merasakan hilangnya air dan nikmat kesegarannya. Berasa berharga setelah kehilangan, itulah manusia...

Sunday, March 6, 2011

Mawar Putih Untuk Mama


Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku