Friday, August 26, 2011

::: Moga Ianya Berlalu Dengan Baik :::

Orang menangis bukan tandanya dia lemah. Tapi tanda kerelaan hati mengakui takdir yang telah ditetapkan. Bukankah hakikat hidup ini kadang-kadang gembira dan kadang-kadang bersedih. Bila kita sedang menangis, kita akan teringat bahawa kita pernah ketawa. Bila kita sedang ketawa pula, kita akan ingat bahawa kita pernah menangis. Sebab kita tak boleh memiliki kedua-duanya dalam waktu yang sama...
kadang-kadang kita memang rasa masalah tu sesuatu yang berat. Rasa seperti tidak tertanggung..Tapi sebenarnya kita terpilih. Terpilih untuk mengharungi dugaan hidup sebab bukan semua orang merasainya. Jangan pernah sesekali anggap masalah... itu sebagai beban hidup. Anggaplah ia sebagai satu kejayaan yang masih terpendam...Jangan fikir yang orang lain akan menyelesaikan masalah seperti kita selesaikan. Lain orang lain fikirannya. Walaupun warna darah yang mengalir adalah darah yang sama. Dan jangan gunakan kekerasan pada mereka yang keras tetapi gunalah kelembutan kerana Kelembutan la mampu melenturkan kekerasan...
Moga Segalanya Berlalu Dengan Baik Amin Ya Allah...