Monday, December 27, 2010

Doaku untukmu

"Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga, yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia, harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana iman dan taqwa. Namun keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi, bukan perhatian mata ajnabi, yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi. Wajahnya bukan mengundang dosa, timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati, yang memudarkan kecantikan diri untuk Kau calonkan dirinya sebagai bidadari syurga Mu. Amin Ya Allah...."

Wednesday, December 22, 2010

..Sedetik Bersama....

Sedetik Kita Bersama Ku Harap Silaturahim Itu Kukuh Bersama ..
Janganlah Ada Sengketa
Kerana Semua Itu Membawa Kejauhan Hati Tersisa
Teruskan Ikatan Ukuwah Moga Kita Dibatasi Rasa Cinta Yg Ada..

..Lipatan Sejarah...

~...Tegarkah hati andai berhadapan dengan kenyataan yang masih dihimpit kenangan lalu? Kemana jua langkah Ku bawa pasti kisah duka yang pernah tercalit amat sukar untuk dilupakan daripada ingatan....... kenyataan hidup setiap yg gembira pasti pernah merasai saat kedukaan...Maka tegarkanlah hati ku untuk berhadapan dengan masa silam tanpanya lipatan sej x mgkn trjdi dlm hdp ...Teruskan kehidupan dengan satu senyuman..Tanpa semalam x ada kita pada hari nie.. selamat melangkah kehadapan duhai diri ko pasti boleh Yakin La!!!!!....~

Tuesday, December 21, 2010

...Lafaz Yang Tersimpan (UNIC)...


Luluh Hatiku Yang Sayu Menatap Wajahmu
Tenang dalam Lena..
Kasih Ku Zahirkan Laku
Sedangkan Bibirku Jauh Dari Lafaznya...
Dan Raut Tuamu Memberkas Jiwaku...
Meredakan Rindu Mendamaikan Kalbu...
Tak Mungkin Ku Temu Iras Sentuhanmu...
Biar Pun Ku Redah Seluruh Dunia
Mencari Gantimu ohhhhh...

c/o Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih Yang Terlimpah Hanya Sekadar Tingkah
Cuma Ungkapan KeBisuan
Yang Melindungkan Kalimah Rahsia...
Masih Ku Biarkan Waktu
Melarikan Lafaz Kasih Ku Padamu...

Apakah Yang Hilang
Andai Di Lisankan
Bait Penghargaan Penuh Kejujuran
Tak Mungkin Terlihat
Cinta Yang Merona
Jika Hanya Renungan Mata Yang Bersuara
Bukan Atur Kata..

Tiada Lagi Ertinya Pengucapan
Andai Akhir Nafas Di Hujung Helaan
Sebelum Mata Rapat Terpejam
Usah Biar Kehilangan
Mengantikan Lafaz Yang Tersimpan..

Monday, December 20, 2010

..Hidup...

Hidup ini Penuh Dengan onak durinya.. Kadang2 hati rasa sangat sakit, sedih, marah dan kecewa..Bila difikirkan balik semua tu da jadi asam garam kehidupan....semakin jauh perjalanan semakin hebat rintangan...mau melarikan diri rasanya itu bukan satu jalan penyelesaian yang baik..teringat pesanan sesorang lari dari masalah bukan memudahkan hidup malah lebih menyusahkan..mau atau tidak kita kena berhadapan walau sebesar mana pun masalah tu..Moga aku berjaya melepasinya kali ini..Teruskan Perjalanan kehidupan kerana kita yang akan bakal menundukkan rintangan....

..Rasa rindu...


Dari Jendela Penanatian....
Aku Menanti Akan Hadirnya Dia..
Meniti Jambatan Kasih...
Aku Yakin Debunga SinaR..
Tetap Mekar Bila Di Baja Rasa Rindu....





...Bahagia..


Jika bahagia itu pada harta, Jika bahagia itu pada nama.. Jika Bahagia itu Pada Rupa, Jika Bahagia itu pada kuasa!!!.. Bahagia itu hakikatnya pada HATI.. Bertakhta di Kerajaan diri..Bahagia itu pada JIWA Mahkota DI Singgahsanarasa.. Bahagia itu KESABARAN.. Bila susah tak gelisah..Bila Miskin tak Pemarah..Bila Gagal tidak resah.. Hakikatnya Bahagia itu Ketenangan Bila Hati Mengingati Allah SWT..

~Satu Pencarianku~

...Mencari Sehingga Berjaya.. Moga Pencarian Itu Bukan Lagi Satu Kesamaran Yang Tidak Berpenghujung...