Sunday, January 30, 2011

....Dan.....

Assalamualaikum wbt.. Saat kau melangkahkan kaki Jatuh & bangun sendiri Semuanya mampu kau redahi .Saat usiamu tlh dewasa Cabaran dtg bertimpa Kau kecewa, derita, sengsara Hapuskanlah air matamu Redha dan teruskanlah usahamu Pasti kau akan mengerti Hidup ini Punya putaran tersendiri Hentiknlah air matamu.. Biarkanlah kisah duka itu berlalu Mendung hari takkan selalu, Sinar bahagia Pastikan kau ketemu... InsyaAllah.....
DAN KEHIDUPAN ITU.....
Ada kalanya kita ragu-ragu dgn segala tugas pekerjaan yg terasa begitu berat. Namun sebenarnya jika kita sudah menjalankannya, trnyata kita mampu, bahkan sesuatu yang mungkin semula kita anggap tdk mungkin utk dilakukan. Yakinlah kepada Allah! Allah sudah mengukur kemampuan Hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya bersamaan dgn kesulitan yg kita hadapi, ada kemudahan d'dalamnya.~ (^_^)

~PENCERAHAN MINDA~

...KALAU,'baling batu sembunyi tangan' janganlah 'brlindung di sbalik lalang shelai' kerana ' sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua' Biasanya 'pelanduk yg slalu lupakan jerat' dan 'kacang yg lupakan kulit'..

Kalaulah 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga' janganlah 'mencurah garam ke laut' kerana ikan di laut itu walau hidup di air masin tetap tawar isinya....

Kalau ' org memberi susu ,mengapa di balas dgn tuba' janganlah 'ayam menang kampung tergadai' kerana orang yg berakal mesti berfikir dan org yg berfikir tidak akan fakir.Orang fakir tidak akan mungkir.Orang yg mungkir adalah org yg munafik....

Kalau 'berpijak biarlah di bumi yg nyata' janganlah 'tak pandai menari ,dikatanya papan yg jongkang -jongket' kerana ' tak salah kita berperi, tak salah kita memberi' ...

Kalaulah ' yg berat sama dipikul ,yg ringan sama dijinjing 'hati kuman sama di lapah' tidak mungkin ' tidak dapat tanduk telinga dipulas '. 'marahkan nyamuk kelambu dibakar ', 'mendengar guruh dilangit air tempayan dicurahkan ',..

Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa...sama2 kita fikir2kan..YG korek itu kendi yg merah itu saga..yg molek itu budi yang indah itu bahasa..

Friday, January 21, 2011

~Bila Allah Menduga Kita~

Bila Allah menduga kita..
Terasa tak terbendung beratnya dugaan yang menimpa..
Terasa ingin pecah dada ini..
Kerana dugaan yang menimpa,
Datang tanpa kita menduganya..

Bila Allah menduga kita..
Tanpa sebarang isyarat,
Tanpa sebarang petanda..
Menarik yang
terbaik dalam hidup kita..
Rasa keseorangan mula berleluasa..

Bila Allah menduga kita..
Tangis sendu menyesakkan dada
Kita bagaikan terlupa cara untuk mengukir senyuman..

Bila Allah menduga kita..
Terasa kelam alam ini..
Dunia bagaikan terhenti putarannya..
Benarkah? Benarkah begitu sahabatku?
Andai benar, Bersabar dan bersyukurlah,
Kerana kita masih diberi peluang bernafas,
Untuk terus beribadah kepadaNya...

Kadangkala kita lupa,
Kita makhluk ciptaanNya..
Segalanya yang ada Adalah milik DIA DIA yang Esa..
Setiap denyutan nadi..
Setiap nafas yang dihela,
Setiap langkah yang diatur..
Semuanya milik DIA.. Kita? Kita tak punya apa-apa..
Maka sahabat,
Bersangka baiklah padaNya..
Yakinlah setiap yang diberiNya Adalah yang terbaik buat kita..
Kerana DIA sebaik-baik Perancang.
. Maka sahabat,
Berdoalah kepada Rabb mu..
Ya Rabb..
Kala ini langkahku sumbang sekali.. Pincang rasanya.. Lelah dadaku saat ini.. Ya Rabb.. Aku begitu mendambakanMu.. Dalam setiap denyutan nadiku.. Dalam setiap hela nafasku.. Dalam setiap jejak langkahku.. Di mana jua bumi ku pijak Di mana jua langit ku junjung Walau tika susah.. Walau tika senang.. Walau tika suka.. Walau tika duka.. Aku tidak akan sesekali berhenti mencari redhaMu....

~Renungan Bersama~

Assalamualaikum wbt.... kita lahir dgn 2 mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang.tapi pandanglah semua itu ke depan,pandanglah masa depan kita..... kita dilahirkan dgn 2 buah tlinga di kanan dan di kiri, supaya kita dpt mendengarkan semuanya dari 2 buah sisi untuk berupaya mengumpulkan pujiian dan kritikan dan memilih mna yg benar dan mna yg salah.....
Kita lahir dgn otak di dalam tengkorak kepala kita. sehingga tidak peduli semiskin mna pun kita, kita tetap kaya.kerana tidak akan ada seorg pun yg dpt mcuri otak, fikiran dan idea kita.. dan apa yg anda fikirkn dlm otak anda jauh lebih bharga drpd emas dan perhiasan..... kita lahir dgn 2 mata dan 2 telinga, tp kita hnya d beri sebuah mulut. kerana mulut adlh senjata yg sgt tajam. mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda dan byk hal lainnya yg tidak menyenangkan. sehingga ingatlah bicara sedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyakknya. buat renungan bersama.......

Allah always save the best for the last

Bismillahirahmanirahim
Ku tulis coretan kali ini kerana diriku ini begitu merindukan seorang gadis yang cukup ku kenali. Cumanya, pada saat ini kurasakan dirinya terlalu jauh dariku. Aku tidak tahu dimana dia menghilangkan diri, namun aku sering mendambakan agar dia kembali pada ku. Dia yang ku kenali cukup banyak mengajarku erti perjalanan sebuah kehidupan... Biarlah kisah gadis ini ku kongsikan sebagai peringatan dan menjadi saksi betapa aku merindui nya yang semakin hilang dari diriku.

2008
Dia yang ku kenali sering hidup dalam dunianya sendiri. Cuma, hatinya terlalu lembut. Dia tidak pernah mempersendakan agamanya walaupun kadang kala dia terlalai memenuhi tuntutan hidupnya. Aku mengetahui bahawa impian hidupnya adalan untuk mencari kesempurnaan. Sesungguhnya, dia ada segala galanya. Dia ada rupa paras yang menarik, kepintaran dan kebolehan memimpin serta kesenangan hidup seperti yang selalu dikatakan kepadanya.

Seringkali dia mengadukan bahawa, dia berasa tidak cukup dengan hidupnya. Dia sering terkejar kejar sesuatu tetapi tidak kesampaian. Dan hingga sampai satu ketika, memori bersamanya kembali...

"Hari ini kita ada tadarus Al Quran, semua muslimat dibahagi kepada tujuh kumpulan ya."

Ku dapat berasakan dia keresahan. Hatinya gundah gulana dan wajah manisnya kelihatan memucat. Akhirnya, tadarus dimulakan, sehingga sampai gilirannya.

"Saya tak pandai baca Al Quran"
Terlihat dia menunduk, ada sedikit linangan air mata di pipinya. Seorang kakak tersenyum lantas memegang bahunya lalu mengajarnya membaca sedikit demi sedikit. Baru ku terlihat senyuman di bibirnya. Aku tahu dia pasti berasa malu kerana pada usianya yang menghampiri seorang wanita, dia masih tidak pandai membaca Al Quran

Maka waktu pun semakin pantas berlari meninggalkan diriku dan dirinya, Seperti biasa, dia sibuk dengan dunianya, siapa yang tidak mengenal dirinya... ku yakini dirinya tenggelam bersama arus dunia, namun masih dapat ku lihat secebis hati yang mengingati Tuhannya, hati yang sangat lembut.

Sehingga sampai satu ketika pada ulang tahun kelahirannya

"Saya mahu hadiah Al Quran"

Dia sememangnya seorang yang manja, sering meminta itu dan ini dari rakan rakannya.
Maka bermulalah episod dia membaca belajar membaca Al Quran. Pada mulanya, bacaannya memang merangkak kerana dia berasakan huruf itu terlalu asing buat dirinya. Tetapi ku lihat, dia sentiasa berusaha untuk memperbaiki bacaan Al Qurannya. Dia mengatakan bahawa dia sudah jatuh cinta dengan Al Quran. Alhamdulillah, indahnya hidayah ALLAH SWT,

Diriku melihat perubahannya lagi. Dia mula berjinak jinak pergi ke surau. Biarpun sebelum ini tempat itu boleh dikatakan paling kurang dijejakinya. Dia juga sudah tidak kekok untuk bersahabat sahabat dengan insan insan yang ditakutinya dulu.

Sebelum ini dia mengatakan berasa segan dan malu untuk bersahabat dengan mereka yang bertudung labuh atau berjubah kerana dia mengatakan tidak layak untuk bersahabat bersama mereka. Katanya dirinya itu dipenuhi dosa dosa silam. Alhamdulillah, kini kuperhatikan bahawa dia mula mendekati golongan itu. Malah sesuatu yang ajaib terjadi! Dia menghadirkan diri pada setiap usrah mingguan! Dia juga begitu bersemangat mengenakan tudung di kepalanya. Sesungguhnya dirinya ini adalah galian berharga yang tidak patut disia siakan. Malahan, kakak kakak akhwat juga begitu bersemangat untuk membimbingnya kerana dia dikatakan punya potensi besar dalam perjuangan.


Diriku semakin disibukkan dengan tugasan di kampus sehingga aku lupa tentang dia. Sehingga satu ketika....

ALLAHUAKHBAR! Aku melihat dia bertudung malah antara percaya atau tidak. Hampir seluruh warga kampus serta pendidik juga tidak mempercayaianya. Pelbagai cerita dan tomahan dilemparkan kepada dirinya. Ada yang mengatakan dia berubah kerana seorang lelaki, ada yang mengatakan dia berubah kerana dirinya mempunyai masalah, malah ada yang mengatakan dirinya berubah hanya hangat hangat tahi ayam.

Seringkali juga ku melihat dia menangis dan merintih pada Tuhan di surau itu. Malahan, ada juga sahabat sahabat yang tidak dapat menerima perubahan imejnya itu. Dia terus memilih untuk memakai pakaian yang labuh dan besar. Dia juga ditanyakan mengapa berubah begitu mendadak? Ku lihat dia tersenyum tenang dan menjawabnya

"Apabila saya sudah belajar membaca Al Quran. saya berasakan bahawa setiap kalam ALLAH itu menujukan kepada saya yang selama ini saya tidak tahu. Betapa saya merindui untuk merasai nikmat syurgaNYA dan berasa terlalu takut apabila membaca tentang azabNYA. Maka, apabila saya sudah mengetahuinya kini, mengapa saya tidak mengikutinya? Semoga ALLAH mengampunkan dosa dosa saya yang lalu."

Ketika itu semangat juangnya begitu kuat dan terasa dirinya begitu dekat dengan ALLAH SWT. Dan pada ketika itu juga dia diperkenalkan pada sesuatu yang sangat asing dalam hidupnya. Hidup dalam tarbiyah.

Pada ketika itu suasana kampus yang dahagakan perjuangan fikrah. Sebelum ini, dirinya sudah ada pemahaman yang sedikit dan cuma dia tidak sedari betapa besar tanggung jawabnya. Dia selalu menangis dan berasakan dia tidak layak. Syukur dia dipertemukan naqibah dan cermin ajaib yang sangat memahami. Dia tahu dia tidak boleh merangkak dalam mempelajari urusan tarbiyah dan dakwah. Dia perlu sedaya upaya mencari fikrahnya walaupun dirinya baru sahaja mengalami transisi kehidupan.

Dia berasa hairan. mengapa dia yang menjadi pilihan sedangkan dirinya punya zaman silam yang kelam. Namun, kefahaman yang ALLAH berikan pada dirinya begitu mudah sehinggakan dia berasa sudah jatuh cinta dengan jalan perjuangan. Hakikatnya, dia sering berasa kepahitan tapi baginya itu adalah sesuatu yang sedikit dia mampu lakukan berbanding nikmat hidayah dan taufiq yang ALLAH berikan padanya.

To be continued......

.. Buat Saudari Asiah Yusro Terima Kasih ats nukilan yg sngt Bermakna...
http://layakkahakumenjadibidadarisyurga.blogspot.com/

Tuesday, January 18, 2011

~ UNTUK IBU ~

Ya Allah,,,,,,
Rendahkanlah suaraku baginya
Perindahlah ucapanku didepannya
Lunakkanlah watakku terhadapnya
Dan Lembutkanlah hatiku untuknya
Sampaikan ma'af kami kepadanya
Sampaikan cinta kami kepadanya

Ya Allah,,,,,,
Berilah ia balasan yg sebaik-baiknya atas didikannya padaku
Dan pahala yg besar atas kasih sayang yg ia limpahkan padaku
Peliharalah ia sebagaimana ia memeliharaku

Ya Allah,,,,,,
Apa saja gangguan yg telah ia rasakan
Atau kesusahan yg ia derita karena aku
Atau hilangnya sesuatu haknya karena perbuatanku
Maka jadikanlah itu semua Penyebab susutnya dosa-dosanya
Dan bertambahnya pahala kebaikannya
Dengan perkenanMU Ya Allah,,,,
Hanya Engkaulah yg berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda

Ya Allah,,,,,,
Bila maghfirahMU telah mencapainya sebelumku
Izinkanlah ia memberi syafa'at untukku
Tetapi jika sebaliknya
Maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuknya
Sehingga kami semua berkumpul bersama dg santunanMU
Ditempat kediaman yg dinaungi kemuliaanMU, AmpunanMU serta RahmatMU
Sesungguhnya Engkaulah yg memiliki kurnia Maha Agung
Serta Anugerah yg tak berakhir
Dan Engkaulah yg Maha Pengasih.

Sunday, January 16, 2011

Puisi Ketika Cinta Bertasbih


Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Dideklamasikan oleh Ayyatul Husna

—–

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

Dideklamasikan oleh Anna AlthaFunnisa

Thursday, January 13, 2011

♥●•٠·˙ Maka TersenyumLah ˙·٠•●♥

″ kesedihan tak kan abadi ″

Maka tersenyumlah wahai diri …Roda kehidupan slalu berputar ada kalanya bahagia terasa, sedih merintih dan juga airmata. Tapi taukah kamu, ada Dia yang slalu menatapmu lembut yang tau mana yang terbaik untukmu. Dia memberi apa yang engkau butuhkan bukan yang engkau inginkan.Maka tersenyumlah wahai diri …

Semua yang terjadi juga karna kehendak-Nya, semua yang berjalan sesuai rencana-Nya. Ilmu-Nya meliputi segalanya dan kau tak mungkin menjangkaunya jadi untuk apa kau resah untuk sesuatu yang belum pasti kejadiannya. Bukankah janji-Nya itu pasti ?? Dialah Allah Yang Maha Mengetahui

Maka tersenyumlah wahai diri …Ada Dia yang Maha Pemberi, dan Dia memberikan kepadamu segala apa yang kau mohonkan kepada-Nya. Dan jìka kau menghitung nikmat Allah, niscaya kau tak kan mampu menghitungnya, maka bersyukurlah...

Maka tersenyumlah wahai diri …Hidup terus berjalan meski kadang hati tak menginginkan, yang dicinta kan pergi yang didamba kan hilang, maka dekatkanlah dirimu dengan-Nya dengan Dia yang Maha Kekal

Maka tersenyumlah wahai diri …Hamba memang rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepada-Nya. Tapi tetap gantungkan harapan dan asamu kepada-Nya Dia Yang Maha Kuasa, kau tak kan kecewa

Maka tersenyumlah wahai diri …Ini ujian dari-Nya, dan Dia tak kan menguji hamba melebihi kemampuannya. Tapi bukankah manusia itu memang diuji tuk mengetahui mana yang paling bertaqwa kepada-Nya, maka tetaplah istiqomah

Maka tersenyumlah wahai diri …Masih ßanyak lagi saudara"mu yang jauh lebih sakit dan menderita, slalu ada hikmah dibalik musibah slalu ada kemudahan setelah kesulitan, semua pasti indah pada waktunya. Maka bersabarlah

″ maka tersenyumlah wahai diri … semua yang terjadi akan berakhir dan kembali kepada-Nya ″

Wednesday, January 12, 2011

~Satu Tekad: UNIC~

Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna
Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa
Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa
Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah
Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam
Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah..

˙·٠•●❤ KADANG-KADANG ❤●•٠·˙

* Kadang-Kadang Kita lupa nak tanya khabar si dia...

* Kadang-Kadang Kita selalu ingat dia tak ingat kita...

* Kadang-Kadang Kita selalu lupa segala kenangan bersama...

* Kadang-Kadang Kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu...

* Kadang-Kadang kita hanya pandai berkata kata daripada melakukannya...

* Kadang-Kadang Kita tak sedar ada orang menyayangi kita...

* Kadang-Kadang kita tak sedar yang kita sakitkan hati kawan kita...

* Kadang-Kadang kita tak sedar yang kita membuatkan seseorang kecewa...

* Kadang-Kadang Kita tak sedar apa yang kita katakan itu kita lakukan...

* Kadang-Kadang Kita tak tahu ada yang ambil berat tentang kita...

* Kadang-Kadang Kita suka memerhati daripada menegur...

* Kadang-Kadang Kita suka mengharap pertolongan tanpa meluahkannya...

* Kadang-Kadang kita senantiasa kelihatan happy padahal hanya kita saja yang tahu...

* Kadang-Kadang kita senantiasa nampak kesalahan orang lain daripada kesalahan diri kita...

* Kadang-Kadang kita senang lupa jasa sahabat kita akibat sesuatu pertelingkahan kecil sahaja...

* Kadang-Kadang kita selalu ingat kita saja betul...

* Kadang-Kadang kita sukar menerima pendapat orang lain...

* Kadang-Kadang kita selalu fikir sesuatu yang serius sebagai remeh temeh...

* Kadang-Kadang Kita terlalu singkat tanpa memikirkan apa kesudahannya...

Maafkanku diatas segala khilafku selama nie!!! BEST FRENZZ 4 EVA...

With L.O.V.E...

-Rya-



Wednesday, January 5, 2011

Waktu...

Bila hidayah dicabut dari hati terasa hilang kebahgiaan hidup ini.Sesungguhnya kehidupan ini hanya 3 waktu.waktu lalu yang mana kita tidak dapat amik manfaat lagi.waktu yang kita didalamnya buatlah amalan untuk mengambil manfaat darinya dan sebaik-baik bekalan adalah taqwa.waktu akan datang yang mana kita belum tahu sama ada akan menjadi milik kita atau tidak.Ya Allah limpahilah kami dengan petunjuk dan hidayah Mu.....

Menanti Di Barzakh...

Menanti Di Barzakh Album : Halawatul Iman Munsyid : Far East

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian
x2Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2Ku Merintih,
Aku Menangis,Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

CINTA KEPADA ALLAH TIADA AKHIRNYA....

~Bila kau letih dan hilang semangat dalam kehidupan…Allah tahu betapa kamu telah ...sedaya upaya..
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan…Allah telah mengira air matamu..
Bila kamu rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu…Allah setia di sisimu..
Bila kamu telah mencuba segalanya, tetapi tidak tahu tujuan..Allah ada jalan penyelesaiannya..
Apabila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa..Allah ada jawapannya..
Allah menguji keikhlasan bila kita bersendirian..
Allah memberi kedewasan bila ada masalah..
Allah melatih kesabaran dalam kesakitan..
Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..CINTA KEPADA ALLAH TIADA AKHIRNYA..~

7 AyaT Cinta Rasulullah S.A.W...

Sabda Rasulullah: "barang siapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan ALLAH dan malaikat dan akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebesar buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim = Disetiap kali hendak melakukan sesuatu..

2. Alhamdulillah = Setiap kali habis melakukan sesuatu..

3. Astaghfirullah = Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk..

4. InsyaALLAH = Jika teringin melakukan sesuatu pada masa akan datang..

5. Lahaulawalaquwwataillabillah = Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk..

6. Innalillah = Jika hadapi musibah atau lihat kematian..

7. Lailahaillah = Baca sepanjang siang dan malam sebanyak mungkin. Amalkan selalu. Moga kita tergolong dalam kalangan orang yang terpilih oleh ALLAH.

sama kita praktikkan ayat-ayat cinta ini supaya beroleh redhaNya...

sesungguhnya Redha Allah sentiasa mendahului kemurkaanNya..

~Senyumlah~ (^_^)


Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarokatuh....

~Senyumla di kala suka, krn itula yg Menggambarkan Ketenangan Di Hati Dan Mensyukuri Nikmat dr ILAHI, & senyumla di kala DUKA krn itula yg Menggambarkan kerelaan Hati menempuh ujian yg MAHA ESA....~

Tuesday, January 4, 2011

Bismillahirahmanirahim..

Bermulanya tahun baru 2011 semakin sibuk dengan persiapan diri untuk menempuhi dunia kerjaya...X sedar dengan berlalunya 2010 yang telah ku ditinggalkan jauh kebelakang.. Kehidupanku tetap terus kehadapan tanpa menoleh sedikit pn kemasa lalu.. Ianya ku tinggakan dengan seribu satu pertanyaan tanpa jawapan bg setiap persoalan yg pernah terungap samaada yang menjurus terus kepada kehidupan keluarga,pershbtn mahupn dr sudut perhubungan... Aku yakin semua itu akan berlalu dengan sendirinya.. Biarlah masa yang menentukan.. Takdir Allah Swt X sapa mampu mengubahnya.. Akan ku tunggu takdir yang tertulis untukku..Aku menyayangi setiap insan dlm hdpku kerana Allah swt.....