Tuesday, December 22, 2009

IMAN, ISLAM DAN EHSAN

Hadis sahih Muslim, Daripada Abdullah bin Umar ,katanya Umar Al-Khattab ayahnya bercerita kepadanya...Pada suatu hari kami berada disisi Rasullah saw, tiba2 muncul dihadapan kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya hitam pekat. Sama sekali tidak nampak pada dirinya tanda-tanda seperti orang yang datang dari jauh.Tetapi tidak seorang pun daripada kami yang mengenali lelaki tersebut.

Dia duduk dekat dengan Nabi saw. Dia menyandarkan kedua lututnya kepada kedua lutut Rasulullah. Dia meletakkan kedua tapak tangannya diatas kedua pahanya sendiri...
Dia berkata "Wahai Muhammad,beritahu kepadaku mengenai Islam" Rasulullah saw bersabda,"Islam itu hendaklah kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad itu utusan Allah. Hendaklah kamu mendirikan solat, membayar zakat, mengerjakan puasa bulan ramadahan dan menunaikan ibadah haji jika mampu dalam perjalanan.."Lelaki itu berkata,"kamu berkata benar"Umar berkata: Tentu saja kami berasa hairan kepada orang itu,sebab dia yang bertanya dia juga yang membenarkan..(jawapan rasulullah) Lelaki itu berkata lagi,"Beritahu kepadaku mengenai iman"
Rasulullah saw menjawab,"hendaklah kamu beriman kepada Allah, para malaikat -Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, beriman pada hari akhirat dan juga kepada qadar-Nya baik dan yang buruk"

Lelaki itu berkata,"kamu telah berkata benar"Kemudian beliau menyambung, beritahukan kepada diriku mengenai ehsan..."

Rasulullah bersabda,"Hendaklah kamu menyembah allah seakan-akan kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak berasa melihat-Nya,maka hendaklah kamu merasa dilihat-Nya.."

Lelaki itu berkata lagi'"Beritahu kepadaku tentang hari kiamat"

Rasulullah saw menjawab,"Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui dibandingkan dengan yang bertanya"

Lelaki itu berkata,"Kalau begitu beritahukan tentang tanda-tandanya saja"

Rasulullah saw bersabda"Kalau sudah ada budak perempuan melahirkan tuannya;Kalau kamu telah menyaksikan orang-orang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian dikalangan orang-orang melarat penggembala kambing salaing berlumba-lumba mendirikan bangunan tinggi"..

Umar berkata:Kemudian lelaki itu pun pergi. Setelah berlalu beberapa hari akhirnya Rasulullah berkata kepadaku ,"Wahai Umar .Tahukah kamu siapakah lelaki yang (beberapa hari lalu)mengajukan pertanyaan???Aku menjawab:Hanya Allah dan Rasulnya yang mengetahui. Rasulullah saw bersabda,"Sesunggunya dia adalah Jibril.Dia datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kepada kalian semua.."

(Iman An-Nawawi,Syarah Shahih Muslim(Terj,Buku 1,1994,Mustaqiim,Jakarta)


Saturday, December 19, 2009

Jalan Menuju Allah

Aku impikan diriku
Yang sentiasa ghairah bertasbih
Mengadu rindu kepada-NYA
Mengasihi-NYA sepenuh jiwadan raga
Mencintai -NYA sekuat hati

Aku impikan diriku
Yang sentiasa Mengalirkan air mata
Akibat rindunya aku kepada
Penciptaku
Akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat
Akibat segannya aku kerana sering menipu
Kecintaanku Kepadan-NYA

Aku impikan diriku
Yang hatinya sentiasa bergetar
Apabila nama Tuhanku Disebut
Jantungku berdegup kencang
Bila disebut azabnya
Tetapi Tenang semula
Bila dicerita kasih sayang-NYA
Yang maha luas

Aku impikan diriku
Yang Setiap detik MengingatiNYA
Akan nikmatnya yang tidak Terhingga
Kerana aku tada apa-apa
Dialah yang maha pemberi

Aku impikan diriku
Yang sentiasa bertawakal kepada Allah
Yang maha mengetahui apa yang terbaik buatku
Maha suci dari menzalimiku
Kerana dia penciptaku
Yang penuh dengan kecintaan
Kepada makhluknya..

Sebuah Coretan Bagi Renungan Bersama insyallah

Friday, December 18, 2009

Assalamualaikum..

Sabda Rasulullah SAW:
“Malu itu tidak akan menyebabkan perkara lain kecuali untuk kebaikan” (HR.Bukhari)


Malu itu lambang keimanan dan malu itu membawa ke syurga. Rasullullah SAW bersabda:
“Malu itu datangnya dari iman dan iman itu membawa ke syurga.Dan sebaliknya adalah membawa ke neraka” (HR.Bukhari)


Rasullullah SAW bersabda:
“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini,sebab itu mintalah dengan ALLAH untuk kedua-duanya” (HR.Bukhari)

Thursday, December 17, 2009

IKHLAS KAH KITA DALAM PERSAHABATAN…

Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah – ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela…

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menghargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..

Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata kata takkan bermakna jika dibiarkan kata- kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja…

Persahabatan bisa terbina atas dasar percaya antara satu dengan yang lain tanpanya apa erti sayang dalam persahabatan…

Tanpanya tiada guna berkawan atas alasan yang sekecil zarah sekalipun mampu menyelitkan perasaan marah dikalangan kita…Kesabaran dan ketabahan mampu menguatkan keimanan,

Tawakal yang membina mampu membimbing kearah yang kebaikan yang sebenarnya kita perlu dari seorang sahabat… Kasih yang panjang tidak akan kekal tanpa kesetiaan yang ada dalam hati seorang sahabat… Walau sekelumit kasih sekalipun mampu mengeratkan kasih yang terputus dalam diri manusia….

Renungilah setiap baris kata-kata ini…

Walaupun sekarang kita menghadapi masalah yang sama.. Lapangkanlah dada tegaskanlah perubahan itu mampu mengertakan lagi ukuwah yang ada….insyaaallah….Ketegasan manusia mampu dibendung dengan sentiasa kita sedar kesilapannya...