Dia duduk dekat dengan Nabi saw. Dia menyandarkan kedua lututnya kepada kedua lutut Rasulullah. Dia meletakkan kedua tapak tangannya diatas kedua pahanya sendiri...Dia berkata "Wahai Muhammad,beritahu kepadaku mengenai Islam" Rasulullah saw bersabda,"Islam itu hendaklah kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad itu utusan Allah. Hendaklah kamu mendirikan solat, membayar zakat, mengerjakan puasa bulan ramadahan dan menunaikan ibadah haji jika mampu dalam perjalanan.."Lelaki itu berkata,"kamu berkata benar"Umar berkata: Tentu saja kami berasa hairan kepada orang itu,sebab dia yang bertanya dia juga yang membenarkan..(jawapan rasulullah) Lelaki itu berkata lagi,"Beritahu kepadaku mengenai iman"
Lelaki itu berkata,"kamu telah berkata benar"Kemudian beliau menyambung, beritahukan kepada diriku mengenai ehsan..."
Rasulullah bersabda,"Hendaklah kamu menyembah allah seakan-akan kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak berasa melihat-Nya,maka hendaklah kamu merasa dilihat-Nya.."
Lelaki itu berkata lagi'"Beritahu kepadaku tentang hari kiamat"
Rasulullah saw menjawab,"Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui dibandingkan dengan yang bertanya"
Lelaki itu berkata,"Kalau begitu beritahukan tentang tanda-tandanya saja"
Rasulullah saw bersabda"Kalau sudah ada budak perempuan melahirkan tuannya;Kalau kamu telah menyaksikan orang-orang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian dikalangan orang-orang melarat penggembala kambing salaing berlumba-lumba mendirikan bangunan tinggi"..
Umar berkata:Kemudian lelaki itu pun pergi. Setelah berlalu beberapa hari akhirnya Rasulullah berkata kepadaku ,"Wahai Umar .Tahukah kamu siapakah lelaki yang (beberapa hari lalu)mengajukan pertanyaan???Aku menjawab:Hanya Allah dan Rasulnya yang mengetahui. Rasulullah saw bersabda,"Sesunggunya dia adalah Jibril.Dia datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kepada kalian semua.."
(Iman An-Nawawi,Syarah Shahih Muslim(Terj,Buku 1,1994,Mustaqiim,Jakarta)