Sunday, March 6, 2011

Mawar Putih Untuk Mama


Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku



Wednesday, March 2, 2011

Cinta..

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.

Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!

Cinta hanya satu perasaan. Jika diupamakan rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.

Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.

Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.

Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?

Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya..

Titipan Sahabat Milat Facebook...

Muhasabah Diri "Sabar Dulu"


Aku benci talam dua muka...
SABAR DULU...
Cuba periksa diri sendri ada x sifat tu dalam diri...

Aku benci penipu....
SABAR DULU ..
Cuba periksa dri sendri ada x sifat menipu dalam diri..

Aku benci orang marah aku...
SABAR DULU...
Cuba periksa dalam diri ada x sifat kita yg suka marah orang lain..

Aku benci orang memusuhi aku...
SABAR DULU ..
Cuba periksa ada x sifat memusuhi orang lain tu dalam diri Kita..

Aku benci orang sombong dengan aku...
SABAR DULU...
Cuba periksa ada x sifat sombong dalam diri kita tu...

Aku benci orang suka kritik aku...
SABAR DULU...
Cuba periksa ada x sifat suka mengkritik orang tu dalam diri Kita tu..

Aku benci orang kutuk aku...
SABAR DULU...
Cuba periksa ada x sifat suka mngutuk tu dalam diri kita ..

Aku benci orang cerita keburukan aku..
SABAR DULU..
Cuba periksa ada x sifat suka membuka aib orang lain dalam diri kita..

Ingat Sebelum kita membenci Orang lain tentang sesuatu perkara....Muhasabahlah diri kita dulu Adakah sifat yang aku benci ini ada Dalam diri serta hidup aku...kalau ada sifat tu..kita kena buat sesuatu..sebbnya..kita BENCI orang Lakukan kita begitu tapi dalaam masa yg sama kita buat mcam tu kat orang lain...

~RENUNG2KAN & SELAMAT MEMBACA SATU PERKONGSIAN...~


Tuesday, March 1, 2011

Duhai kaum ADAM...


Duhai kaum ADAM.
.Jika benar kau kasih dan CINTAKAN wanita itu
JAGALAH dia dgn baik
KASIHANILAH dia
LINDUNGILAH dia


BERILAH kasih syg padanya
NASIHATILAH dia
BAWALAH dia ke jalan ALLAH
PERBETULKANLAH kesilapannya
BERSABAR dengannya
TERIMALAH kekurangannya
JADILAH imamnya dan REDHALAH padanya

♥♥..Moga dia menunggumu di SYURGA sebagai BIDADARIMU..♥

Layar Keinsafan- Mestika

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora