Monday, February 6, 2012

Sungguh, bahagialah apabila diuji.

Jika mata hati terbuka melihat segala nikmat yang menggunung tinggi,

pasti menjadi hamba yang bersyukur dan qana'ah dan berhenti daripada terus merajuk,

mengeluh dan memprotes,

Jika mata hati terbuka melihat segala nikmat yang menggunung tinggi,

sudah pasti diri malu kerana tiada terpikul walau ujian yang sedikit cuma kerana menyedari betapa Dia begitu Pemurah.

Jika hati terasa letih dengan ujian, lihatlah nikmat-Nya yang sudah begitu menggunung. Pantaslah untuk berasa malu dengan diri sendiri. Betapa hamba ini begitu mementingkan diri.

Apabila diberi nikmat, sedikit tanda bersyukur.

Tetapi apabila ditimpa ujian, seribu keluhan terluah.

Satu kesalahan dengan mudah memadam seribu kebaikan.

Satu ujian dengan mudah melenyapkan seribu nikmat.

Sungguh, bahagialah apabila diuji.

No comments: