Thursday, December 17, 2009

IKHLAS KAH KITA DALAM PERSAHABATAN…

Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah – ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela…

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menghargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..

Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata kata takkan bermakna jika dibiarkan kata- kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja…

Persahabatan bisa terbina atas dasar percaya antara satu dengan yang lain tanpanya apa erti sayang dalam persahabatan…

Tanpanya tiada guna berkawan atas alasan yang sekecil zarah sekalipun mampu menyelitkan perasaan marah dikalangan kita…Kesabaran dan ketabahan mampu menguatkan keimanan,

Tawakal yang membina mampu membimbing kearah yang kebaikan yang sebenarnya kita perlu dari seorang sahabat… Kasih yang panjang tidak akan kekal tanpa kesetiaan yang ada dalam hati seorang sahabat… Walau sekelumit kasih sekalipun mampu mengeratkan kasih yang terputus dalam diri manusia….

Renungilah setiap baris kata-kata ini…

Walaupun sekarang kita menghadapi masalah yang sama.. Lapangkanlah dada tegaskanlah perubahan itu mampu mengertakan lagi ukuwah yang ada….insyaaallah….Ketegasan manusia mampu dibendung dengan sentiasa kita sedar kesilapannya...

3 comments:

Azlin 773 said...

Rya ...

akak pernah kecil hati dgn kawan masa fom 3 . Kami janji nak masuk sekolah sama lepas SRp (PMR ) . Tapi dia mungkir janji. Dia kata dia akan tetap sama akak di sekolah sama. Dia akhirnya senyap2 isi borang masuk politeknik.

apa salahnya dia bagi tau secara jujur. Bila akak tau dia nak pindah politek, masa tu, dia prepared well. mean ... dia dah plan sorang2.

Sedih..... after that ..... dia dan akak putus. Dia langsung tak hantar surat .
Kami dah terputus hubungan.......... akak tetap ingat pd dia sampai sekarang ... tp ak tau cam ner nak cari ........

Hayatul Husna said...

trma kc akk bab sudi membaca.kisah persahabatn mmg banyak intipatinya dalam kehidupan...akk teruskan berdoa pada allah moga dia akan akk temui...insyallah..persahabatn sejati bukan yang selalu kelihatan pada pandanagan mata tapi doa untuk kebahagiaan sahabt utk dunia mahupun akhirat...

Madam Mi said...

Mencemarkan nilai persahabatan....
Madam suka banget dengan petikan ni. TQ dengan buah fikiran yang berintikan kejujuran ini.