Friday, January 21, 2011

~Bila Allah Menduga Kita~

Bila Allah menduga kita..
Terasa tak terbendung beratnya dugaan yang menimpa..
Terasa ingin pecah dada ini..
Kerana dugaan yang menimpa,
Datang tanpa kita menduganya..

Bila Allah menduga kita..
Tanpa sebarang isyarat,
Tanpa sebarang petanda..
Menarik yang
terbaik dalam hidup kita..
Rasa keseorangan mula berleluasa..

Bila Allah menduga kita..
Tangis sendu menyesakkan dada
Kita bagaikan terlupa cara untuk mengukir senyuman..

Bila Allah menduga kita..
Terasa kelam alam ini..
Dunia bagaikan terhenti putarannya..
Benarkah? Benarkah begitu sahabatku?
Andai benar, Bersabar dan bersyukurlah,
Kerana kita masih diberi peluang bernafas,
Untuk terus beribadah kepadaNya...

Kadangkala kita lupa,
Kita makhluk ciptaanNya..
Segalanya yang ada Adalah milik DIA DIA yang Esa..
Setiap denyutan nadi..
Setiap nafas yang dihela,
Setiap langkah yang diatur..
Semuanya milik DIA.. Kita? Kita tak punya apa-apa..
Maka sahabat,
Bersangka baiklah padaNya..
Yakinlah setiap yang diberiNya Adalah yang terbaik buat kita..
Kerana DIA sebaik-baik Perancang.
. Maka sahabat,
Berdoalah kepada Rabb mu..
Ya Rabb..
Kala ini langkahku sumbang sekali.. Pincang rasanya.. Lelah dadaku saat ini.. Ya Rabb.. Aku begitu mendambakanMu.. Dalam setiap denyutan nadiku.. Dalam setiap hela nafasku.. Dalam setiap jejak langkahku.. Di mana jua bumi ku pijak Di mana jua langit ku junjung Walau tika susah.. Walau tika senang.. Walau tika suka.. Walau tika duka.. Aku tidak akan sesekali berhenti mencari redhaMu....

No comments: