Sunday, January 30, 2011

~PENCERAHAN MINDA~

...KALAU,'baling batu sembunyi tangan' janganlah 'brlindung di sbalik lalang shelai' kerana ' sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua' Biasanya 'pelanduk yg slalu lupakan jerat' dan 'kacang yg lupakan kulit'..

Kalaulah 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga' janganlah 'mencurah garam ke laut' kerana ikan di laut itu walau hidup di air masin tetap tawar isinya....

Kalau ' org memberi susu ,mengapa di balas dgn tuba' janganlah 'ayam menang kampung tergadai' kerana orang yg berakal mesti berfikir dan org yg berfikir tidak akan fakir.Orang fakir tidak akan mungkir.Orang yg mungkir adalah org yg munafik....

Kalau 'berpijak biarlah di bumi yg nyata' janganlah 'tak pandai menari ,dikatanya papan yg jongkang -jongket' kerana ' tak salah kita berperi, tak salah kita memberi' ...

Kalaulah ' yg berat sama dipikul ,yg ringan sama dijinjing 'hati kuman sama di lapah' tidak mungkin ' tidak dapat tanduk telinga dipulas '. 'marahkan nyamuk kelambu dibakar ', 'mendengar guruh dilangit air tempayan dicurahkan ',..

Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa...sama2 kita fikir2kan..YG korek itu kendi yg merah itu saga..yg molek itu budi yang indah itu bahasa..

No comments: